Sunday 2 March 2014

BLUE MOSQUE | ISTANBUL | 28 JANUARI S014








Pada bulan Februari lepas 2kang Petik berkesempatan ke Istanbul, Turki. Sebelum ini negara Turki kurang terkenal di kalangan rakyat Malaysia tetapi selepas adanya filem Istanbul Aku Datang banyak cerita berkenaan negara ini. Negara Turki adalah merupakan penghubung di antara benua Asia dan Eropah. Jadi tidak hairanlah banyak tempat menarik berada di negara ini. Masjid Sultan Ahmed @ Masjid Biru adalah salah satu lokasi yang wajib dilawati bila berada di sana dan merupakan tumpuan pelancong dari serata dunia.


Ini antara adalah serba sedikit sejarah berkaitan Masjid Sultan Ahmed @ Masjid Biru yang diperolehi dari Wikipedia:

Sejarah Masjid Sultan Ahmed @ Masjid Biru

Masjid Sultan Ahmed (bahasa Turki: Sultanahmet Camii) adalah masjid bersejarah di Istanbul, bandaraya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga ke 1923). Masjid ini adalah salah satu dari beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Ia dibina di antara 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Ahmed I. Seperti banyak masjid lain, ia mengandungi suatu kubur penemunya, sebuah madrasah dan sebuah hospis. Masjid Sultan Ahmed telah menjadi salah satu dari tarikan pelancong yang terhebat di Istanbul.


Sultan Ahmed membangun Masjid Biru untuk menandingi bangunan Hagia Sopia buatan kaisar Bizantium yaitu Constantin I, Hagia Sopia berada satu blok dari Masjid Biru. Hagia Sopia dulunya adalah Gereja Bizantium sebelum jatuh ke daulah Turki Otoman pada tahun 1453 M . Masjid Biru memiliki 6 menara, diameter kubah 23,5 meter dan tinggi kubah 43 meter.


Masjid ini adalah satu dari dua buah masjid di Turki yang mempunyai enam menara, yang satu lagi berada di Adana. Di katakan, akibat jumlah menara yang sama dengan Masjidil Haram di Mekkah saat itu, Sultan Ahmad mendapat kritikan tajam sehingga akhirnya beliau menyumbangkan biaya pembuatan menara ketujuh untuk Masjidil Haram. Yang menarik, sebuah rantai besi yang berat dipasang di atas pintu gerbang masjid sebelah barat. Di masa lalu, hanya Sultan yang boleh memasuki halaman masjid dengan mengendarai kuda, dan rantai ini dipasang agar Sultan menundukkan kepalanya saat melintas masuk agar tidak terantuk rantai tersebut. Ini dimaksudkan sebagai simbol kerendahan hati penguasa di hadapan kekuasaan Ilahi.

No comments:

Post a Comment